Marketing Plan...
Haritu hari pertama kitorang bukak gerai buger... mula-mula segan lah jugak.. tak pernah seumur hidup kitorang berniaga...
tapi sebab abg takde keje (sebenarnya pemalas.. tak nak keje!).. maka ayah bagi modal suh bukak gerai burger.. jual burger kat tepi jalan.. lagipun.. masa tu shuth baru lepas PMR.. abg pulak.. baru lepas SPM.. takde apa nak dibuat.. so.. dari buat benda tak tentu arah.. baik jual burger.. bleh lah jugak tambah-tambah duit belanja sekolah..
Gerai burger.. ayah buatkan.. ayah buat pakai papan-papan reban ayam yang dah roboh....hu! hu! ada bumbung.. ada tempat letak dapur dan ada roda sekali... so.. pukul 4 petang haritu, kitorang tolak gerai tu dari rumah ke simpang jalan...
Nama gerai burger kitorang.. " burger 4'eva "... sebab masa tu tgh tayang cite batman forever. itulah serba sedikit cerita asal usul nama gerai burger kitorang.. hu! hu!..
Petang tu.. dalam hati.. kitorang dah plan.. sesiapa yang first beli burger kitorang nie.. kitorang akan bagi free.. konon2nya nak meraikan first customer la.. bior dia rasa terharu skit.. lepastu.. baru dia akan rekemenkan burger kitorang kat kawan2 dia yang lain.. ha! ha! ha!
Dua jam lepastu.. abg lee datang... dia order burger satu.. disebabkan.. dia adalah abg kitorang.. maka, kelayakan untuk dapat burger free ditarik.. hu! hu!..
Sejam lepastu.. datang pula sorang budak chinese... dia order burger ayam special.. so.. burger free juga tidak layak untuk dia.. sebab.. dia merupakan customer kedua kitorang... hu! hu!.. nampaknya.. memang takdelah burger free untuk customer haritu..... dan sekaligus menjadikan marketing plan kitorang gagal.... hu! hu!... apa-apa pun.. haritu.. kami telah berjaya mejual 8 biji burger pelbagai kategori..
sekian....
Harap-harap.. marketing plan kita akan berjaya....
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. "
- Surah At Taubah ayat 111
|