Sedalam mana cintamu..
Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 4.22 petang... dia sudah agak letih, tetapi matanya terus menatap di skrin komputer dan jemarinya pula ligat menekan papan kekunci menyusun butir-butir huruf membentuk ayat-ayat yang akan menentukan sama ada kerta kerja cadangan itu akan diterima atau tidak oleh ketuanya..
Masuk kali ini, sudah 6 kali dia mengubahsuai kertas cadangan itu, hatinya masih kuat dan bersemangat untuk menghasilkan kertas kerja yang menarik dan lengkap walaupun telah berkali-kali ia dikritik dan dikomen oleh ketuanya mengenai kertas cadangannya itu.
Kos terlalu tinggi, bahan kurang berkualiti, rekabentuk tidak menarik, statistik tidak tepat, hatta ayat tidak berkoma juga tidak terlepas langsung dari penelitian mata sepet ketuanya itu.
Kadang-kadang, panas juga hatinya... benda kecil pun hendak dikomen.. "Arghh!! meyampah betul!!.. ayat tertinggal koma pun nak kecoh!" getus hati beliau.
Kertas cadangan itu perlu disiapkan hari ini, kalau tidak, prestasinya sebagai pekerja cemerlang di organisasi itu akan tergugat.
"Allah hu akbar.. Allah hu akbar....!!!"
Jam menunjukkan tepat pukul 4.32 petang, laungan azan di radio menandakan waktu solat asar telah pun tiba. Dia tidak berganjak... fikirannya masih ligat membuahkan ayat-ayat yang dia rasakan amat sesuai untuk digunakan di dalam kertas cadangannya itu... inilah masa yang paling sesuai baginya... pada waktu-waktu begini.. otaknya memang ligat berpusing mencari idea-idea baru...
Cinta sungguh dia pada kerjayanya... walau dihina dan dikritik dia tetap akan berusaha untuk menghasilkan yang terbaik untuk kerjanya.. dengan kerjanya itulah dia dapat menyara kehidupan keluarganya.. dengan kerjanya itulah dia berjaya membeli kereta serta rumah untuk keselesaan hidupnya sekeluarga...
Cinta sungguh dia pada kerjanya, pada keluarganya dan juga hartanya....
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
(Surah At-Taubah, ayat 24)
p/s:- argghh.. sowi.. takde masa nak buat proper story... tgh bz giler... :-(
|