Rindu abang...
"Allah huakbar... manalah aku nak cari duit.. gaji baru dapat 2 hari lepas.. duit tinggal RM300 sahaja.. entah cukup ke tidak.. susu ahmad dah nak habis.. barang2 dapur belum beli lagi.. aduhai.. berat sungguh dugaan ini.. mungkin, beginilah beban yang abg rasa dulu", keluh hati Rubiyah dalam hatinya. Teringat dia akan bebanan yang selalu dia lemparkan kepada suaminya sebelum ini. Sayu hatinya...patutlah suaminya semakin kurang rambutnya.
Setiap kali memikirkan soal anak-anak dan suami yang jauh di mata, air matanya pasti akan mengalir. Matanya terus dipejam, harapannya, apabila mentari pagi menjelma.. segala masalahnya akan selesai..
Fikirannya masih berputar-putar mencari jalan penyelesaian. Bantal yang empuk itu tidak berjaya melelapkan matanya. Hidupnya agak bercelaru 3 bulan kebelakangan ini, pemergian suami tercinta ke UK untuk menyambung pelajaran betul-betul menguji ketahanan dirinya. Kini, dia terpaksa memikul 2 tanggungjawap serentak, sebagai ibu dan juga bapa kepada 2 orang cahayamatanya. Belanja sekolah anak2, belanja dapur, hutang kereta, hutang rumah, duit nursery, duit makan minum.. semuanya perlu ditanggung sendiri.
Dia tidak menyalahkan suaminya kerana tidak meninggalkan nafkah untuk dirinya serta anak-anaknya. Dia yang merelakan semua ini, dia yang bersungguh-sungguh menggalakkan suaminya untuk pergi melanjutkan pelajaran ke UK. Pengirannya, gajinya saja sudah mencukupi untuk menyara keluarganya sepanjang ketiadaan suaminya. Maklumlah, jawatan pengurus yang dipegangnya di sebuah syarikat swasta dirasakan sudah cukup mewah untuk dia menampung perbelanjaan keluarganya.
Namun, bebanan yang ditanggung kini diluar jangkaannya.. benarlah firman Allah,
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya."
Surah An-Nisaa ayat 34
"Abang.. pulanglah segera.. sayang janji takkan susahkan abang lagi selepas ini..salam rindu dari sayang untuk abg di kejauhan"...
|