Thursday, May 13, 2004

 
ceritaku, ceritamu.. cerita kita...

"Tergamak kau buat begitu pada Azlan!"...
"Kau tahu tak!...Azlan jadi mcm tu semuanya sebab kau!"
"Sekarang nie... senang-senang je ko nak tinggalkan dia"..
"Harapkan muka je cantik.. perangai mcm %tut*!!" bentak Yusof pada Miera..

Miera hanya mendiamkan diri... semua ini sudah dia jangkakan, dia telah bersedia menerima semua tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Keputusan itu bukanlah keputusan dari hatinya. Dia terpaksa... demi ibu dan ayahnya...

Miera masih terkebil-kebil.. matanya tidak dapat dilelapkan.. hinaan Yusof sahabat karib Azlan kepadanya siang tadi masih terngiang-ngiang di kotak fikirannya... "Kejam sangatkah aku?, Kenapa begitu berat dugaan yang perlu aku terima?" bisik hati Miera...

Air mata jernihnya masih lagi berlinang.. dia ingin menangis sepuas-puasnya.. pada saat begini, air matanya sahajalah yang setia menemaninya..

Tek!!.....

Adila mematikan peti televisyennya.... dia sudah mengantuk.. penat sungguh dia hari ini. Dia tidak larat lagi untuk menunggu sehingga cerita cerekarama di TV itu tamat. Matanya sudah pedih... dia ingin masuk tidur.

Adila terus melangkah masuk kebiliknya.. menutup lampu dan terus menghempaskan tubuhnya ke katil yang empuk itu. Malam ini, dia keseorangan.. suaminya kerja di luar kawasan.Sudah 2 hari suaminya ke luar kawasan, esok.. suaminya akan pulang. Waktu-waktu begini, hatinya amat merindui suaminya... maklumlah, baru 2 bulan mereka mendirikan rumahtangga. Pastinya, perpisahan sehari itu dirasakan bagai setahun...

Jam di dinding sudah menunjukkan tepat pukul 1 pagi.. Adila masih mengeliat-ngeliat di atas katil itu keseorangan.. bahang panas malam itu menyebabkannya sukar untuk melelapkan mata...

Dia pusing ke kanan menghadap dinding, mencari posisi yang selesa untuk melelapkan mata.. tiba-tiba, badannya terasa hembusan angin yang agak sejuk... "Ah.. lega rasanya.." bisiknya dalam hati.. "Eh?!..." tiba-tiba hatinya berasa pelik... seingat dia.. dia sudah tutup tingkap biliknya... nak katakan kipas angin, biliknya tiada kipas angin.... dari mana datangnya angin yang sejuk ini... akalnya mula berpikir... kemudian.. dia menoleh ke belakang...

"Argggghhhhhh!!!!!.. argghh!!!".... adilla menjerit-jerit ketakutan..
sebuah lembaga putih.. berambut panjang sedang berdiri di tepi katilnya... mukanya tidak kelihatan kerana dilitupi dengan rambutnya yang panjang... walaupun begitu, Adilla dapat merasakan lembaga itu sedang merenungnya...

"Amacam?... seram tak? seram tak?" Dollah bertanya kepada anak-anak pengangkapnya yang sedang tekun mendengar cerita seram darinya..

"Huish! dah meremang dah bulu saya nie bang dollah" ujar Munir..
"Ha ah! lah bang.. dah lah... takut la..! dah lah kat tengah-tengah hutan skang nie!" sampuk Meor pula...
"Alaa.. korang ne pengecut laa... baru cite skit dah takut!" cabar DOllah..
"Oklaa.. dah lah.. dah lewat malam nie... semua gi masuk khemah... abg pun dah ngantuk.. besok pagi bangun awal skit!" arah Dollah kepada anak buah pengangkapnya...

Semua bangun dan terus bergerak ke khemah masing-masing sambil mata mereka melihat ke kanan dan kiri takut-takut kalau ada lembaga berwarna putih yang sedang memerhatikan mereka...

"Meon!!! dah lah tu... tolonglah mak jemur kain nie!! Buku cerita tu nanti-nanti boleh baca!!" teriak Mak Meon pada Meon yang sedang khusyuk membaca novel itu.

"Alaaa.. mak nie... orang tgh syok baca novel pasal pengangkap nie!, kejap lagi orang jemur laa.." keluh Meon..

"Ko jangan nak ngengada.. nanti tak kering plak baju tu! Pergi jemur cepat.. kalo tidak ko jangan makan nasik hari nie..! Ko makan lah buku cerita tu!... mak Meon mula membebel.. Meon mula bergerak menuju ke tempat jemuran sambil menghentak-hentakkan kakinya..

He! he! he!... meon mula ketawa kecil sendirian... kenangan begitulah yang menjadikan dirinya amat merindui ibunya... tapi kini.. itu semua hanya tinggal kenangan, ibunya telah selamat pulang ke rahmahtullah.. kini, tiada lagi bebelan ibu untuknya. Jika dulu dia amat membenci bebelan itu.. tapi kini.. dia amat merinduinya... oh ibu...

"Semoga ibu di tempatkan dikalangan orang-orang yang solehah dan diberkati Allah"...

--tamat-----


p/s:- hu! hu!.. rasanya inilah entri aku yg paling panjang kat blog nie... entah ada ke tidak orang nak baca..! hu! hu!..

• • • • •