Tuesday, March 30, 2004

 
Inikah dugaan yang harus kuterima...

Orang kata... masa bertunang nie.. banyak dugaan akan dihadapi.... betul ke?.. siapakah orang itu?.. siapakah orang itu yang berkata begitu?.. majistret? lawyer? makcik kantin?.. attendan pam minyak?.. siapa?..

Hmm.. entahlaa... kadang-kadang aku keliru?.. apakah yang dimaksudkan dengan "dugaan" yang sering disebut-sebutkan itu?.. bila berlaku sesuatu yang kurang disenangi.. aku jadi bingung... apakah ini dugaan yang menjadi sebutan itu?.. atau hanya sekadar perkara biasa yang berlaku dalam hidup aku....

Aku cuba mencari dalam al-quran.. hadis..... kisah2 nabi... apa benarkah wujudnya perkara tersebut?. perkara yang mengatakan "tempoh pertunangan ini dipenuhi dengan bermacam dugaan" atau ayat-ayat yang sewaktu dengannya...

Tapi.. aku gagal untuk menemuinya.... sekali lagi aku menjadi bingung... adakah aku yang gagal untuk menemuinya atau ia sememangnya tidak tertulis?... argghh.. bingung betul kepala aku.... aku terus mencari.. mencari dan terus mencari...

Apa yang aku ketemui?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al Baqarah ayat 216

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. "
-Surah Ash-Syarh ayat 5 & 6

Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan semoga Allah memberikan keberkatan serta kemudahan kepadaku selepas ini... ammiinn...

• • • • •