Monday, February 16, 2004

 
Menempuh Gerbang Perkahwinan...



Menempuh Gerbang Perkahwinan
Harga Kaset : RM 11.50
Harga CD : RM 16.50
Keluaran :Telaga Biru

"Kita tak pernah berjumpa pasangan yang salah, tetapi kita sering menjadi pasangan yang salah"

Tahun lepas cnma belikan kaset nie untuk saya.... masa tu.. kami baru selesai dari sedikit salah faham dan pertengkaran kecil... hmm.. biasalah tu orang kata.. gado sikit2.. baru lah boleh mengeratkan lagi kasih sayang.. hu! hu! hu!.. :P..

Banyak jugak tips-tips dan panduan yang diberikan dalam tape nie... bukan sahaja sesuai untuk mereka yang ingin menempuh gerbang perkahwinan.. tetapi sesuai jugak bagi mereka-mereka yang telah menempuh gerbang perkahwinan.. lebih-lebih lagi yang telah lama sangat menempuh gerbang perkahwinan sampai terlupa tanggungjawap dan peranan masing-masing... jadi.. bolehlah dapatkan tape nie untuk revise balik mengenai tanggungjawap masing2... jadi.. jangan berlengah lagi.. dapatkan segera dipasaran... pastikan ianya yang original.. hi! hi!.. mcm iklan pulak...

• • • • •