Istikharah ku...
"Saya nak jadi bomba...." itulah jawapan saya ketika saya berumur 10 tahun bila cikgu tanya pasal cita-cita saya bila dah besar nanti.... rasanya.. jawapan saya itu lebih baik daripada kanak-kanak lain yang bercita-cita untuk menjadi komunis serta gaban apabila sudah besar nanti..
Masuk sekolah menengah... saya bolehlah dikategorikan sebagai murid-murid yang agak pandai sedikit... jadi.... apabila cikgu bertanya.. apa cita-cita saya bila dah besar nanti?... saya menjawab dengan penuh dedikasi... "Saya nak jadi saintis yang akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang Al-quran.." itu semasa saya di tingkatan satu...
Semasa saya di tingkatan 3, guru kaunseling telah menjalankan satu ujian kerjaya... semua pelajar tingkatan 3 diwajibkan untuk menjawap beberapa soalan bagi menguji kecenderungan kerjaya masing-masing... dan sekaligus memudahkan semua pelajar memilih aliran sains atau sastera....
Dipendekkan cerita.... hasil ujian tersebut menunjukkan, saya lebih cenderung untuk menjadi seorang penyanyi apabila besar nanti.... hu! hu!...
Selepas saya tamat SPM, saya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.... masa tu.... ibu bapa saya mengharapkan saya mengambil bidang kedoktoran supaya saya boleh menjadi seorang doktor... akak pula.. suruh saya ambik bidang ekonomi supaya saya boleh jadi seorang akauntan.. hmm..... saya agak keliru..
Masa tu..... bulan ramadhan... malam tu.. sebelum tido.. saya buat solat istikharah dua rakaat.. minta petunjuk dari Allah....
Alhamdulilah.. kini saya sedar..
saya tak perlu jadi seorang bomba untuk memadamkan api* itu...
saya tak perlu menjadi seorang saintis untuk memahami ayat-ayat didalam alquran...
saya tak perlu menjadi seorang penyanyi untuk menghiburkan hati insan lain...
saya juga tidak perlu menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan insan lain.....
Saya bersyukur dan gembira dengan pekerjaan yang saya lakukan sekarang...
Saya berharap.. istikharah saya yang kali ini, membawa seribu satu makna kepada saya di dalam saya membuat pilihan teman hidup saya... :)
____________________________________________________
api* : Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 'buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, 'Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak'".
|