Wednesday, February 18, 2004

 
Insyaallah.. dengan izin Allah

Setelah saya mengikat tali pertunangan dengan cnma.... ramai yang bertanya.. "bila nak langsung?"... "bila nak makan nasi minyak?".... "bila nak dapat kad jemputan?".... hmm... ramai juga yang bertanya bila kami akan diijabkabulkan....

Saya hanya mampu tersenyum dan membalas dengan ucapan.. "insyaallah.. kalau takde aral dan ada rezekinya nanti... insyallah bulan *tut*..... :D.... harap dapat doakan kebahagian kami...."

Saya mengambil iktibar daripada kisah nabi sulaiman yang diceritakan didalam al-quran, Surah Saad ayat 34 :-

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami)"

Suatu ketika dulu, pada suatu malam... Nabi Sulaiman telah bersumpah akan bersatu dengan isteri-isterinya supaya setiap satu darinya akan melahirkan seorang anak lelaki yang akan menjadi pahlawan yang akan berjuang pada jalan Allah.. malangnya... Nabi Sulaiman terlupa mengucapkan "insyaallah" didalam sumpahnya itu sekalipun ia telah diingatkan oleh malaikat untuk berbuat demikian.....

Selepas itu, itu beliau pun bersatu dengan isteri-isterinya, tetapi disebabkan kesilapannya itu, hanya seorang sahaja dari isterinya telah berjaya melahirkan anak yang tidak cukup sifatnya... lalu bidan meletakkan bayi tersebut di atas takhta kebesaran Nabi Sulaiman untuk dilihatnya.....

Semoga saya tidak akan lupa menyebut "insyaallah" bagi setiap perkara yang saya rancangkan.... amin....

• • • • •