Usahlah berputus asa dari rahmat Allah...
Dalam Surah An-Nuur, ayat ke 33, Allah ada berfirman...
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;"
itulah ayat yang aku tanamkan sedalam-dalamnya dalam fikiran apabila setiap kali rasa sangsi hadir dalam diri aku... kadang-kadang.. risau jugak... entah boleh cukup ke tidak duit simpanan aku untuk membuat perbelanjaan kahwin nanti...
gaji.. lambat lagi nak dapat.. duit kat poket pula tinggal nyawa2 ikan je... hu! hu!.. kadang2 sedih jugak.. macam manalah nanti nak kasi makan anak orang... kadang2 rasa macam nak putus asa pun ada....
tapi teringat kata ustaz.... "Perbezaan antara syaitan dan adam adalah kerana syaitan itu telah putus asa terhadap rahmat Allah, tetapi nabi adam tidak.. sentiasa mengharapkan rahmat serta kemaafan dari Allah"...
Semoga aku terus bersemangat didalam menempuh dugaan ini.....
|