//Merancang Perkahwinan Anda
Panduan Untuk Pasangan Lelaki
ANTARA DUABELAS DENGAN ENAM BULAN SEBELUM MAJLIS
* Fikirkan hadiah atau barang kemas yang sesuai untuk hari pernikahan
* Bincangkan bersama tentang tarikh dan konsep majlis perkahwinan anda berdua
* Rancanglah budget dengan teliti.
* Mula kumpulkan butir-butir seperti alamat dan nombor telepon saudara mara serta sahabat handai yang ingin anda undang
* Fikirkan siapa yang sesuai untuk menjadi 'BEST MAN' anda.
* Mulai merancang destinasi Bulan Madu.
* Ikuti kursus rumahtangga.
* Mula merancang juga tempat tinggal selepas majlis perkahwinan - jikalau di rumah lelaki -bersihkan bilik anda. Simpankan gitar tua anda ke dalam bilik stor.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Panduan Untuk Pasangan Perempuan
ANTARA DUABELAS DENGAN ENAM BULAN SEBELUM MAJLIS
* Tentukan tarikh perkahwinan.
* Rancang budget dengan teliti.
* Pilih tema dan lokasi majlis anda.
* Tentukan siapa yang akan menolong anda untuk majlis ini.
* Anggarkan berapa para jemputan di- majlis
* Senaraikan nama2 tetamu yang akan di undang.
* Dapatkan perkhidmatan yang di perlukan saperti mak andam, tukang masak, jurugambar dan sebagainya.
* Ikuti kursus rumahtangga
|