Lelaki Idaman - Impian Setiap Wanita
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa dahagakan akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah rasa takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan
Tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangganya
Yang akan mendidik isterinya dan anak-anaknya mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh dengan kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam
Yang hidupnya di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh dengan kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki idaman saya tidak pernah membazir masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidupnya di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya
……jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra….
…..andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karamalluwajha….
dan begitulah sebaliknya....
|